Monday, September 14, 2020

Warkah 2: Tujuh Hari Mencintaiku

Terima kasih untuk tujuh hari yang indah sebelum kita berpisah, tujuh hari yang membuatkan aku rasa dicintai dan dan dihargai. 

Dalam minggu-minggu terakhir,  yang jumlahnya barangkali hanya tujuh hari...kau selau pulang dengan wajah yamg manis. Kau selalu tersenyum dan membalas senyumanku. Kau merespon setiap bicaraku. Kita berbual dengan gelak tawa. Malah aku sentiasa berasa ingin bermanja denganmu, bersandar di tubuhmu dan memeluk dirimu. Sungguh, perasaan indah yang aku rasakan, yang telah sekian lama aku tidak merasakannya.. 

Terima kasih, kerana membuatkan aku rasa dicintai, dan membuatkan aku selalu ingin mencintaimu.. Sekarang aku mengerti, apa hikmahnya aku selalu tertangguh untuk meluahkan isi hati. Rupanya takdir menginginkan agar aku meluahkan isi hati untuk berpisah ini di saat emosi kita kita berdua benar-benar dalam keadaan baik, hubungan kita berdua benar-benar dalam keadaan baik, agar..kita berpisah dalam keadaan baik, tidak saling tertekan atau membenci, agar, walaupun tetap berpisah, namun kita masih saling berhubung dengan baik, dan cinta kita masih bertahan sehingga tiba hari penyatuan semula kita kika dizinkan Allah...

Alhamdulillah, nampaknya aku tidak salah dalam membuat keputusan. Ternyata, apabila kita tau kita akan terpisah lama haritu,  membuatkan kita saling menghargai, saling ingin selalu bersama, saling bermanja.. Jadi mungkin "perpisahan yg lebih besar dan lebih lama" akan lebih mengukuhkan cinta kelak, membuatkan kita lebih saling merindu, dan saling menghargai...

 

KEHILANGAN

 

Thursday, September 10, 2020

Coretan 1 :

Akhirnya, sesuatu yang aku pendam sekian lama, yang membebani hati dan perasaanku, berjaya jua aku luahkan. Seharuskan, aku raikan kejayaan aku ini dengan kegembiraan dan penuh kepuasan. Namun...

Hari ini, jiwaku meronta dalam tangisan. Seluruh sendi dan urat nadiku berasa lemah, longlai semuanya. Beberapa kali juga aku tewas dan menghembur esak tangis sepuas-puasnya. Kalaulah bukan berada di rumah orang, akan aku membungkamkan diri di atas katil berjam-jam lamanya, atau juga untuk seharian, melepaskan tangis semahunya.

Ya, aku inginkan perpipasahan. Aku ingin kami bawa haluan masing-masing. Aku mahu melepaskan bebanan yang aku tanggung selama ini. Tetapi permintaanku ini malah memberi kesakitan yang amat sangat kepadaku, sama seperti kesakitan untuk terus bertahan melewati hari-hari bersamanya. 

Manakan tidak, dia insan yang sangat aku cintai sepenuh hatiku. Seluruh jiwa dan cintaku kutumpahkan hanya padanya. Dia yang membelai hati dan jiwaku selama ini. Dia yang mengisi kekosongan hidup ini. Dia yang menyatakan kasih... Dia yang mengorbankan kebahagian hidupnya untuk bersama aku.. Dia yang berpenat lelah untuk membahagiakan aku dan anak-anak selama ini... Dia yang tak pernah memarahi dan mengungkiti... Dia yang sentiasa terluka namun terus bersabar... Segala jasa dan kebaikannya takkan pernah terpadam! Dia terlalu baik untuk aku membencinya...

Namun, CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI, CINTA TAK SEMESTINYA BERSAMA...  

Aku lakukan ini, bukan kerana tak cinta, tapi kerana sudah tidak merasakan cintanya lagi. Kalau dulu, cintaku padanya dipenuhi kasih dan sayang, kini cintaku padanya hanyalah diiringi simpati. Aku bertahan kerana simpati, aku bertahan kerana tak sanggup menyakiti dan mengguris hatinya, aku bertahan semuanya kerana dia dan dia. Dan hari ini, saat aku tak mahu bertahan lagi, yang membuatkan hatiku menangis dan disiat-siat, adalah kerana terpaksa mengguris hati insan yang paling baik dan mulia ini, insan yang paling aku cintai... 

Semoga dia memaafkanku. Kesekian kalinya aku katakan, semuanya bukan salahnya. Tetapi salah aku yang tidak bersyukur dan menerima dia seadaannya. Tapi aku juga tak mampu terus hidup dalam penantian dan harapan... Penantian dan harapan untuk merasa bahagia bersamanya!   


Cinta Bukan Hanya Harapan

 

Monday, September 7, 2020

Warkah Satu - Luahan Hati Yang Pertama

Isi hati ini, telah lama aku pendam. Entah barangkali melebihi tempoh satu tahun. Yang aku pasti, ia makin hari makin parah, makin merosakkan jiwaku. Hampir setiap hari ingin aku luahkan padamu, namun ada sahaja halangannya. Ada waktu-waktu yang aku bagaikan tekad untuk berterus-terang padamu, namun takdir Tuhan telah menangguhkannya, ke suatu waktu yang lebih sesuai. Maka terpaksalah aku menanggung bebanan di hati, sekian lama.....sekian lama! 

Seperti mana aku tekad untuk berbicara denganmu pada waktu rehat tengahari itu, tapi sekali lagi tekadku dihalang oleh takdir. Baik. Biar aku luahkan dulu apa yang ingin aku luahkan, yang terpendam bertahun lamanya menjadi duri dalam hubungan kita. 

Aku ingin beritahu kamu, bahawa aku INGIN PERGI! Dan aku ingin kau LEPASKAN AKU PERGI.... Aku sudah tidak tahu, bagaimana rasanya bahagia bila bersama denganmu. Aku tak tahu lagi erti gembira itu apa. Aku tak kenal lagi apa rasanya dicintai. Aku rasa hubungan ini hambar, hambar... Aku bahagia sangat melihat kau tersenyum padaku, dengan senyuman manismu yang pernah menawan hatiku untuk menerima cintamu. aku bahagia sangat saat kau memelukku, merangkul bahuku, mengusap tanganku, mencium ubun-ubunku, tetapi semua itu terlalu sedikit yang aku kecapi, terlalu sedikit........... 

Lantas, dengan apa lagi aku bisa rasa bahagia saat bersamamu? Kau sering pulang dengan wajah yang kelat. Kalaupun tidak masam, senyumanmu sudah terlalu mahal untuk aku nikmati.. Kadangkala, senyum yang kulemparkan pun kau hanya pandang, jarang sekali untuk kau balas. Untuk berbicara??? Barangkali kita sudah tak sehaluan. Tiada topik menarik untuk kita sembang dengan santai dan gelak ketawa. Kadangkala, yang aku bicarakan kau malah tidak merespon apa-apa. Ada waktu-waktunya aku terpaksa bertanya sesuatu yang tak perlu, semata-mata untuk mencipta kemesraan untuk bersembang denganmu, tapi malah itu membuatkan aku rasa seperti orang bodoh, topik yang bodoh, soalan yang bodoh, dan hasilnya aku benar-benaar menjadi seorang yang naif, dhoif, bodoh, tak berpewatakan, kekampungan, dan segala-galanya yang bukan diri aku yang asal... Dan aku tak pernah merasakan ini ketika bersama adik-beradikku. Kami bebas bercakap tentang apa saja, kami tak pernah diam ketika bersama, kami tak pernah tak melayan apa saja yang dibangkitkan untuk dibualkan. Kami tak pernah kaku ketika bersama!

Aku tidak menyalahkanmu. Tetapi aku menyalahkan situasi. Mungkin kita benar-benar sudah tak sehaluan. Cara fikir kita berbeza. Cara hidup kita berbeza. Kehendak kita berbeza. Minat kita berbeza. Jadi bukan salah kau semua ini berlaku. 

Aku tidak menyalahkanmu, malah tak sepatutnya aku memaksa kau untuk berubah. Mungkin aku yang tidak pandai bersyukur, dan tidak menerima kau seadanya. Tetapi aku juga tidak mampu untuk merubah keadaan ini. Aku sudah tidak pandai bermanja denganmu lagi. Aku berasa kaku. Aku sudah tidak ada rasa untuk menunggu-nunggu kepulanganmu. Ya, kalau aku mengharap untuk kau pulangpun, mungkin demi anak-anak. Tetapi, aku juga tak lihat ada beza dalam emosi anak-anak kalau kau pulang ataupun tidak. Aku sudah tidak dapat merasa bagaimana bahagia dan gembiranya seorang isteri menanti kepulangan suaminya. Aku tak rasa! Sebagaimana indah dan tak sabarnya aku menunggu kepulanganmu dahulu di setiap petang dan pagi... Semua itu telah berakhir... telah berakhir..... 

Maafkan aku. Semua ini adalah salahku...salahku!     

Jangan Pernah Berubah

 

Kelmarin